hanina.talip@hotmail.co.uk

Ana memang tidak sempurna. Tapi ana mengejar kesempurnaan di mata Allah. Berjuanglah bersama ana. Antum bertanya bukan kerana ana tahu & antum tidak tahu, tapi kerana ingin di dengar & ingin mendengar. Dengan izin Allah jua :)

Salam sayang,
Sang Muhajirah.

Wednesday, 9 March 2011

Ulangtahun ku ke 20.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Baru sahaja aku membaca2 di ruang 'iLuvislam', aku ternampak di sudut paling atas sekali "4 Rabi'ul Akhir 1432 Hijrah". SUBHANALLAH! Hari ulangtahun ku..

Selamat ulangtahun wahai diri, sudah 20 tahun kau melihat dunia.. Sudah 20 tahun kau menghirup udara dunia.

Oh alangkah aku gembira. Alangkah aku bersyukur. Bertambahnya umur seiring dengan berkurangnya riwayat hidupku. Masa ku di dunia sudah semakin singkat. Aku sudah tidak punya banyak masa lagi. Oh alangkah senang hatiku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ya Allah!

Sungguh aku merindukan kematian. Aku seperti terbayang2 Izrael setapak demi setapak mendekatiku. Bukanlah bermakna aku tidak takut akan azab kubur. Bukanlah bermakna aku merasa diriku mulia atau sempurna. Sungguh aku tidak bisa menjamin dosa-dosaku telah diampunkan Allah. Aku tidak bisa menjamin Allah redha dengan jalan hidupku. Aku tidak bisa menjamin timbangan pahala ku lebih berat daripada timbangan dosaku. Aku juga tidak bisa menjamin bahawa aku bukan sekali-kali calon ahli neraka. Siapa pun tidak bisa menjamin.

Tapi aku tahu satu ayat daripada alQuran.. Ayat penghibur hati. Telah Allah khabarkan perihal syurga ((Mereka tidak mendengar di dalamnya perkara sia-sia dan tipu daya)) Sungguh indah janji Allah ini.

Dibandingkan dengan dunia ((Dan tidaklah kehidupan dunia itu kecuali perhiasan & permainan)). Yang didalamnya aku lalai, yang didalamnya aku tergoda, yang didalamnya aku alpa dan leka.

Meskipun sudah 20 tahun.. Hanya berapa pecahan saja yg aku gunakan untuk berjuang mencari Allah. Aku tidak boleh membuang masa lagi. Allah telah bersumpah atas nama masa..

((Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan berbuat kebaikan, saling menasihati tentang kebenaran & kesabaran))

"Ya Allah Tuhanku, yang merubah kalbu.. tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu, juga taat akan perintahMu"

Monday, 7 March 2011

Harta.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana hanya menulis.. Antum pula membaca.. Tapi kita sama-sama berfikir.

Seringkali aku ingin menanyakan ini kepada manusia - Apa kepentingan harta? Kenapa manusia perlu kepada harta? Adakah kita merasakan kita akan gembira hanya dengan mempunyai harta? Sungguh silap. Rasulullah SAW pernah bersabda yang kira2 bermaksud "Jika manusia mempunyai harta yang memenuhi dua lembah, dia akan berusaha untuk mencari harta lagi untuk memenuhi lembah ketiga. Mulut manusia HANYA LAYAK disumbat dengan debu. Padahal harta itu diberikan Allah kepada manusia supaya mereka beribadat & menunaikan zakat. Dan Allah mengampunkan siapa2 yang bertaubat". Tidakkah kita malu mendengar sabda Rasulullah ini? Kita hanya layak merasa debu.. Tapi tidak malunya kita, memakan segala kelazatan nikmat makanan yang Allah kurniakan kerana KASIHNYA Dia kepada kita.. tetapi jarang sekali kita bersyukur.

Sungguh aku memahami maksud Rasulullah. Mungkin bukan sedalam fahaman baginda kerana aku tidak memahami ketamakan manusia pada harta dunia. Aku tidak memahami kenapa manusia menjerumuskan diri mereka ke arah perkara yang SUNGGUH sia-sia.. Lalu mereka melabel diri mereka bijak pandai? Aduhai..

Seperti kata Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin.. "Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan factor harta.. Dengan factor kekayaan.. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala2nya. Betapa ramai org yg berada dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yang empuk. Tetapi dia tidak lebih enak, ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk.. Tetapi dia lebih lena daripada kita. Ada org yg berada di hadapan hidangan yg hebat, lauk pauk yg bagus, tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yg makan, kadang2 dengan satu dua mata lauk, tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya. Kata HAMKA, lihatlah bagaimana Allah membahagi2 kan nikmat. Semua orang sangka kalau orang tu ada rumah yg besar dan makanan yang sedap, tentulah hidup dia bahagia dan tenang.. BELUM TENTU!"

Mencari sakinah by Dr. MAZA (video)

Benar sekali. Oh aduhai manusia.. Sungguh naifnya kita mentafsir erti bahagia.. Sentuhlah dada, di situ letak kebahagiaan haqiqi. Janganlah kita memandang rendah erti kebahagiaan itu dengan harta seperti rumah & makanan.. Mereka tidak dapat menandingi keindahan erti kebahagiaan sebenar :)

Memang kita perlu kepada harta.. Tetapi jangan sekali2 menyalahgunakan harta. Jangan sekali2 memerlukan harta untuk memuaskan nafsu yang tidak pernah akan berhenti mencuba untuk menjatuhkan kita. Seperti kisah Rabiatul Adawiyah wali Allah yg amat ku cintai.. Beliau satu masa dahulu hidup dengan penuh kezuhudan. Tetapi beliau menyedari bahawa beliau harus melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan di dunia. Lalu beliau memilih untuk menggunakan bakat beliau dengan alat muzik dan suara yang merdu untuk berzanji dan membawa manusia lebih khusyuk beribadat dan lebih dekat kepada Allah. Tetapi selepas beberapa ketika beliau meninggalkan juga pekerjaan itu kerana beliau tidak ingin masyarakat bergantung kepadanya untuk mencari Allah. Alangkah celik & jernihnya pemikiran beliau. Rezkinya sering dimurahkan. Ramai2 orang berebut2 ingin memberikannya hadiah tetapi tidak sekali2 beliau alpa dan leka. Rumah beliau hanya mempunyai satu tikar yang digunakannya untuk tidur juga sembahyang.. Dan satu takar yg buruk untuk beliau berwudhu. Tetapi takar ini akhirnya disedehkannya kepada sang pencuri. Oh alangkah mulianya peribadi Rabi'ah bintu Isma'il..

Kita mengumpul harta tapi untuk apa? Bukankah masa depan itu telah ditetapkan oleh Allah sejak dari dulu lagi? Telah tertulis di LauhimMahfuzh. Ingatlah, kita hanya merancang.. Tuhan yang menentukan. Tidakkah kita ingat akan cerita Qarun? :)

Simpan lah harta seadanya untuk meneruskan kehidupan.. Tetapi sedekahkan lah selebihnya kepada yg lebih memerlukan demi Allah. Jangan pula sekali2 boros. Bukankah harta itu milik Allah & amanah Allah.

Berfikirlah sejenak.. Mohonlah keampunan dari Allah. Dia Maha Melihat. Dia sedang melihat & akan terus melihat. "Astaghfirullah ya Allah.. Sinarilah kami petunjukMu"

Tuesday, 8 February 2011

Muslimah dunia & akhirat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Satu lagi bisikan hati.. Hari ini aku berkata2 di dalam hati.. Aku bertanya pada diri sendiri "Andai hidupku penuh dengan kesenangan.. Masihkah dahiku mencecah sejadah? Masihkah aku mencari Tuhan? Atau adakah aku akan menjadi manusia sombong yang lupa pada pemberi nikmat?" Aku harus memperbaharui niatku.. Betulkan niatku menyembah Allah.

Hidup seorang muslimah tidak pernah akan sunyi dengan dugaan.. 'CINTA' seorang muslimah sentiasa akan diuji. Semakin kita dekat dengan Allah, semakin Allah menguji CINTA kita. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk & warna.. Adakah kita akan teguh mempertahankan cinta, atau adakah kita akan tersungkur lalu menyerah kalah? JANGAN PERNAH MENYERAH! Ini cinta yg agung. Yg membawa kebahagiaan tiada tolok bandingnya.

Kita memerlukan satu sama lain.. Memberi nasihat pada satu sama lain. Saling ingat mengingati. Ini matlamat kita. Keistimewaan kita sebagai umat Rasulullah adalah kebahagiaan kita terletak dalam diri kita. Walau dimana pun kita berada. Kebahagiaan itu ada di dalam HATI. Segumpal daging yg sangat penting. Kalau kita ingin berubah, ubatilah dulu hati. Rawatlah hati. Jangan pernah hasad dengki, jangan pernah membenci, jangan pernah prasangka buruk. Andai baik hati kita, baik lah seluruh anggota badan. Kebahagiaan itu akan datang apabila hati kita tenang..

Wahai Hanina, empunya hati yg berbolak balik.. tetapkan lah hatimu. Jaga iman. Berpeganglah pada syariat agama. Penuhilah janjimu dengan Allah..

Peduli apa dengan kata2 manusia.. Kau punya Tuhan. Kekasih sejati selama2nya.

Aku ingin menjadi muslimah.. Dunia & akhirat. Manusia boleh datang & pergi. Berbuat apa yg mereka mahu tanpa rasa malu. Tapi dirimu, pakaianmu adalah taqwa.. hiasanmu adalah malu.. Untuk dipersembahkan pada kekasihmu. Itu harapan, itu cita2..

Bersabarlah.. Kan Allah bersamamu.


 


 


 

P/s: syukran ila ukhti Nur Aqilah Abdul Hamid for the blog.. Semoga aku terkena tempias solehahmu.

Sunday, 5 December 2010

Bahagia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Aku ingin mencapai kebahagiaan. Tetapi bagaimana kah menurutku kebahagiaan itu?

Kebahagiaan itu dari sudut mata hatiku..

  • Menjadi asing.. Jauh, jauh menyepi dari hiburan manusia.. Tetapi dekat, sangat dekat dengan Allah.
  • Lapar.. Menahan diri dari makan & minum.. Kerana ingin menumpaskan nafsu yg hanya takut pada kelaparan.. Dan ingat pada manusia yg serba kekurangan..
  • Miskin.. Tidak punya apa-apa, cuma ada iman pada Allah..
  • Sempurna.. Sempurna dengan kelembutan & budi pekerti..
  • Takut.. Takut pada azab kubur & neraka..
  • Penuh cinta.. Cinta pada sesama Islam..
  • Susah.. Supaya aku tahu betapa Allah ingin mengujiku..
  • Kuat menangis.. kerana airmata itu menyucikan hati..

Kekayaan & kesenangan membuat kita lupa diri, lupa agama, lupa Tuhan..

Satu masa dulu ketika jauh dari Tuhan, ketika kita susah kita mengatakan "kenapalah Tuhan seksa aku.. mesti Dia benci padaku". Kita mendamba2kan kesenangan. Tapi tengoklah.. apabila kita minta kesusahan, dikurniakan pula kesenangan. Ini satu bukti yg nyata.. Apabila Tuhan berikan kesusahan, tidak semestinya bererti bahawa Dia benci.. Tapi Dia ingin menguji hambaNya walau apa keadaan sekalipun. Sakit, sehat, miskin, kaya.. Astaghfirullahal'azhim..

Wednesday, 1 December 2010

Maut.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allah subhanahu wa ta'ala telah berfirman ((Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati))

Hati itu kalau boleh ingin dijemput Izrael secepat mungkin.. Kerana hidup di dunia itu banyak tipu daya. Manakala di akhirat, aku akan berjumpa Allah dan lelaki yg aku cintai, Rasulullah SAW.. Hidup di alam baqa penuh dengan kebenaran. Penuh dengan kebahagiaan..

Tapi..

Kalau aku fikirkan.. Beratkah sudah timbangan pahala ku? Hingga mengalahi beratnya dosaku? Sanggupkah aku menghadapi sakaratul maut yg sakitnya seperti ditusuk kayu yg penuh duri, lalu dicabut semula dan menarik semua urat2 di badan? Sanggup kah aku ketika aku menyangka aku aman menghadapi maut, lalu Izrael muncul di depanku dengan wajah yg mengerikan? Sanggup kah aku ketika aku dalam sakaratul maut, aku berasa kehausan yg teramat, lalu aku tidak tahan dengan godaan & meminum air yg diberi oleh syaitan? Sanggup kah aku ketika aku menyangka aku akan dipelawa masuk ke syurga tetapi aku dihumban dengan senang ke neraka? Lalu rayuan ku langsung tidak dipedulikan?

Coba ingati perasaan kita.. Ketika jatuh lalu merasa sakit.. Lalu kita menangis..

Coba ingati perasaan kita.. Ketika kita punya alasan yg bagus, tapi ditolak mentah2..

Coba ingati perasaan kita.. Ketika kita letih & kehausan.. Lalu dijamu dengan air sejuk..

Apakah manusia menyangka kesakitan, kekecewaan seperti itu yg akan dihadapi di akhirat nanti..? Tidak. Bahkan lebih teruk lagi.

Lalu baginda Rasulullah juga berpesan.. "Janganlah minta mati datang kepadamu"..

Maka aku sedar.. Itu semua godaan syaitan. Tidak salah mengingati mati.. Yang salah adalah meminta mati.

Aku hidup di dunia sebagai seorang perantau. Walau di mana pun aku berada, aku masih seorang perantau. Pasti ada sebabnya. Atas haq apa kah aku ingin menyudahi nyawa yang Tuhan berikan kepadaku?

Aku dihantar ke negeri asing.. Pasti ada sebabnya. Mungkin Tuhan ingin menggambarkan kepadaku, bagaimana sepatutnya keolahan seorang perantau.. Ingin kembali, merindui orang2 yg dikasihi, ingin berbakti kepada orang tua, hidup harmoni, ingin menyebar kebaikan..

Sama lah jua konsepnya matlamat kita di dunia yg fana.. Allahu akbar.

Allahu a'lam.

Sunday, 28 November 2010

Satu senjata..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tahukah kamu wahai saudaraku, keuntungan menjadi seorang muslim/muslimah? Iaitu kita tidak memerlukan duit untuk membina senjata.. Kita tidak memerlukan tentera untuk melawan musuh.. Bahkan 'senjata' kita adalah yg paling & maha hebat..

Kita hanya perlu
berdoa
.

Berdoalah kita selalu.. Kerana Allah itu kasih kepada hamba yg selalu memanggilNya, mengharap pertolonganNya.. Seorang guru pernah berkata.. Bayangkanlah.. Kalau2 seorang insan sentiasa memanggil kita dengan suara yg lembut.. Bukankah lambat laun hati yg keras juga boleh lentur? Bukankah amarah boleh bertukar menjadi kasih? Jadi bagaimana menurut kita, Allah yg telah sedia mengasihi hambaNya..? Andai hati kita sentiasa merintih "Ya Allah.. Ya Allah.. Tolong lah aku ya Allah.." tanpa perlu diungkap pun, Dia sentiasa dapat mendengar suara hati kita.

Ketika kita mendapat kesusahan, berdoalah supaya dipermudahkan.. Ketika kita mendapat nikmat, berdoalah supaya kita tidak leka.. Kerana nikmat itu ujian Allah yg tidak nyata.

Lalu yang paling hebat lagi, doa kita akan selalu diterima.. Biarpun lambat, tapi pasti diterima. Andai tidak dimakbulkan, percayalah bahawa Dia telah menetapkan sesuatu yg jauh lebih baik untuk kita.

Andai kita percaya dengan janji Allah, maka apakah yg akan dapat merisaukan kita lagi..?

Sunday, 21 November 2010

Tanda menghampiri kematian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari sebelum hari mati


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


 


 


 

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Dan semoga kita dijauhi dari kelalaian dan ketidaksedaran terhadap kematian. Dan tanamkanlah didalam hati kita ini sifat ingin mati, kerana sesungguhnya dengan mengingati mati iu akan menjadi kan kita lebih mengingati dan mendekatkan diri kita kpd Allah S.W.T...


 

Artikel di ambil dari syokislam.blogspot.com. Alhamdulillah


 

"Jika ada di antara kamu yg memerlukan nasihat, maka cukuplah maut menjadi nasihatnya"


 

Firman Allah SWT yg bermaksud ((Setiap yg hidup itu pasti akan merasakan mati)). Sesungguhnya kalamullah itu bukanlah olok-olok – ia benar-benar akan berlaku.


 

Sudah siapkah kita? Cukupkah amalan kita? Atau masihkah kita ingin mengejar kekayaan dunia? Sesungguhnya Allah pernah berfirman ((Wahai anak Adam, isilah masamu dengan beribadat kepadaKu dan Aku akan mengisikan hatimu dengan kekayaan, dan mengakhiri kemiskinanmu. Tapi jika tidak, Aku akan memberikan kedua tanganmu kesibukan (duniawi) dan kemiskinanmu tidak akan berakhir))


 

Wahai saudaraku, akan tiba masanya ketika kita membisikkan pada para ahli keluarga "ayah, ibu, kakak, abang, adik.. aku pergi dulu. Jangan tangisi pemergianku.." sedang mereka mengusung jenazah kita ke liang lahad. Apa pada saat itu akan aman hati kita memikirkan kedatangan dua malaikat? Memikirkan azab kubur yg tidak terperi? Ya Allah... ampuni kami ya Allah.. Bergerak lah kita sekarang saudaraku.. sekarang.. Menuju ke jalan Allah.. Sesungguhnya agama Allah itu indah.. Hanya kepadaNya tempat kita kembali..