Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ana hanya menulis.. Antum pula membaca.. Tapi kita sama-sama berfikir.
Seringkali aku ingin menanyakan ini kepada manusia - Apa kepentingan harta? Kenapa manusia perlu kepada harta? Adakah kita merasakan kita akan gembira hanya dengan mempunyai harta? Sungguh silap. Rasulullah SAW pernah bersabda yang kira2 bermaksud "Jika manusia mempunyai harta yang memenuhi dua lembah, dia akan berusaha untuk mencari harta lagi untuk memenuhi lembah ketiga. Mulut manusia HANYA LAYAK disumbat dengan debu. Padahal harta itu diberikan Allah kepada manusia supaya mereka beribadat & menunaikan zakat. Dan Allah mengampunkan siapa2 yang bertaubat". Tidakkah kita malu mendengar sabda Rasulullah ini? Kita hanya layak merasa debu.. Tapi tidak malunya kita, memakan segala kelazatan nikmat makanan yang Allah kurniakan kerana KASIHNYA Dia kepada kita.. tetapi jarang sekali kita bersyukur.
Sungguh aku memahami maksud Rasulullah. Mungkin bukan sedalam fahaman baginda kerana aku tidak memahami ketamakan manusia pada harta dunia. Aku tidak memahami kenapa manusia menjerumuskan diri mereka ke arah perkara yang SUNGGUH sia-sia.. Lalu mereka melabel diri mereka bijak pandai? Aduhai..
Seperti kata Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin.. "Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan factor harta.. Dengan factor kekayaan.. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala2nya. Betapa ramai org yg berada dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yang empuk. Tetapi dia tidak lebih enak, ataupun lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk.. Tetapi dia lebih lena daripada kita. Ada org yg berada di hadapan hidangan yg hebat, lauk pauk yg bagus, tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yg makan, kadang2 dengan satu dua mata lauk, tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya. Kata HAMKA, lihatlah bagaimana Allah membahagi2 kan nikmat. Semua orang sangka kalau orang tu ada rumah yg besar dan makanan yang sedap, tentulah hidup dia bahagia dan tenang.. BELUM TENTU!"
Mencari sakinah by Dr. MAZA (video)
Benar sekali. Oh aduhai manusia.. Sungguh naifnya kita mentafsir erti bahagia.. Sentuhlah dada, di situ letak kebahagiaan haqiqi. Janganlah kita memandang rendah erti kebahagiaan itu dengan harta seperti rumah & makanan.. Mereka tidak dapat menandingi keindahan erti kebahagiaan sebenar :)
Memang kita perlu kepada harta.. Tetapi jangan sekali2 menyalahgunakan harta. Jangan sekali2 memerlukan harta untuk memuaskan nafsu yang tidak pernah akan berhenti mencuba untuk menjatuhkan kita. Seperti kisah Rabiatul Adawiyah wali Allah yg amat ku cintai.. Beliau satu masa dahulu hidup dengan penuh kezuhudan. Tetapi beliau menyedari bahawa beliau harus melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan di dunia. Lalu beliau memilih untuk menggunakan bakat beliau dengan alat muzik dan suara yang merdu untuk berzanji dan membawa manusia lebih khusyuk beribadat dan lebih dekat kepada Allah. Tetapi selepas beberapa ketika beliau meninggalkan juga pekerjaan itu kerana beliau tidak ingin masyarakat bergantung kepadanya untuk mencari Allah. Alangkah celik & jernihnya pemikiran beliau. Rezkinya sering dimurahkan. Ramai2 orang berebut2 ingin memberikannya hadiah tetapi tidak sekali2 beliau alpa dan leka. Rumah beliau hanya mempunyai satu tikar yang digunakannya untuk tidur juga sembahyang.. Dan satu takar yg buruk untuk beliau berwudhu. Tetapi takar ini akhirnya disedehkannya kepada sang pencuri. Oh alangkah mulianya peribadi Rabi'ah bintu Isma'il..
Kita mengumpul harta tapi untuk apa? Bukankah masa depan itu telah ditetapkan oleh Allah sejak dari dulu lagi? Telah tertulis di LauhimMahfuzh. Ingatlah, kita hanya merancang.. Tuhan yang menentukan. Tidakkah kita ingat akan cerita Qarun? :)
Simpan lah harta seadanya untuk meneruskan kehidupan.. Tetapi sedekahkan lah selebihnya kepada yg lebih memerlukan demi Allah. Jangan pula sekali2 boros. Bukankah harta itu milik Allah & amanah Allah.
Berfikirlah sejenak.. Mohonlah keampunan dari Allah. Dia Maha Melihat. Dia sedang melihat & akan terus melihat. "Astaghfirullah ya Allah.. Sinarilah kami petunjukMu"