hanina.talip@hotmail.co.uk

Ana memang tidak sempurna. Tapi ana mengejar kesempurnaan di mata Allah. Berjuanglah bersama ana. Antum bertanya bukan kerana ana tahu & antum tidak tahu, tapi kerana ingin di dengar & ingin mendengar. Dengan izin Allah jua :)

Salam sayang,
Sang Muhajirah.

Thursday, 28 October 2010

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman..

(1) (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya;

(2) Mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah;

(3) Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

-----------

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

-----------

Rasulullh SAW pernah bersabda yg kira2 bermaksud: "Barangsiapa yg mengharapkan redha Allah dengan marahnya manusia, dia akan dikurniakan sebuah pokok di syurga. Barangsiapa yg mencari redha manusia dengan kemurkaan Allah, maka dia akan diserahkan sepenuhnya kepada manusia"

-----------

"Renounce the world and Allah will love you, renounce what people possess and people will love you" [Ibnu Majah]

-----------

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

********

Kadang2 kita berkawan dengan seseorang kerana dia 'fun', dia 'happening'.. Kita rasa disayangi & dihargai kalau bersama dengannya. Tapi sebagai seorang muslim, kita tengok pada diri kita.. Mesti kita nak jadi kawan yang fun & happening, kawan yg semua org syg, semua org cinta.. Tapi soalannya, apakah kita kawan yang menyebar haruman kasturi pada orang sekeliling, atau yg memercik api2 yg panas..?

Tengoklah pada diri kita sendiri.. Apa gunanya kita jadi kawan yg 'fun', tapi hakikat di sebalik persahabatan, kita mengheret teman2 ke neraka. Bagaimana? Kadang2 kalau kita gathering, kita lupa hargai masa [ Sesungguhnya membuang masa itu adalah lebih teruk daripada kematian. Kerana kematian hanya memisahkan kamu daripada dunia, tetapi membuang masa memisahkan kamu dari Allah ] (Subhanallah), kadang2 kita bercakap tentang perkara2 yg kurang berfaedah [ Janganlah kamu berkata2 kecuali untuk menegakkan agama, berkata yg benar atau berzikir kepada Allah ] , atau lebih teruk lagi, yg tidak elok seperti mengumpat [ Saidatina Aisyah r.a pernah menggambarkan seseorang pada Rasulullah lalu baginda bersabda yg kira2 bermaksud "wahai Aisyah, kamu baru sahaja mengeluarkan kata2 yg apabila dicampur dengan air laut, akan jadi keruh selautan" ]

Kita nak undang redha Allah atau redha manusia..? Redha manusia itu cuma mainan dunia [ ((Dan tidaklah kehidupan dunia itu kecuali permainan & sia2)) ] Jadi utk apa, kita mengharap redha mereka?

Every now and then, I ask myself "apa gunanya kawan?" Why? Why do I keep asking myself that? Because I have lost faith in it. Dulu aku selalu bagitau diri sendiri "people come & go, real friends dont exist.. People come, they say things and leave.. Just like that" atu kata2 hati penuh amarah. Tapi kalau aku lihat dari sudut agama.. Kenapa perlukan bestfriends? tidak cukupkah Allah bagiku? Tidak cukupkah kasih Allah untukku? Bukankah Allah itu sebaik2 tempat mengadu? Allahu akbar.

Menjauhkan diri bukan bermakna aku membenci. Tapi aku mengharapkan haruman kasturi.. Dan kalau boleh, aku ingin MENYEBAR haruman kasturi. Aku tidak layak menyalahkan manusia, andai aku juga sama seperti mereka. Aku harus berubah. Ya Allah tetapkanlah aku dalam perubahanku.

No comments:

Post a Comment