hanina.talip@hotmail.co.uk

Ana memang tidak sempurna. Tapi ana mengejar kesempurnaan di mata Allah. Berjuanglah bersama ana. Antum bertanya bukan kerana ana tahu & antum tidak tahu, tapi kerana ingin di dengar & ingin mendengar. Dengan izin Allah jua :)

Salam sayang,
Sang Muhajirah.

Wednesday, 17 November 2010

Eidul ‘adha

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini aku mempelajari sesuatu.. Tentang kebaikan menyebarkan salam. Rasulullah S.A.W pernah satu ketika dahulu bersabda, bahawa tidak beriman salah seorang di antara kita sehingga kita menyintai saudara kita sepertimana kita cinta pada diri sendiri. Tahukah kamu apa perkara yg boleh dilakukan, lalu kita dapat mencintai sesama sendiri? Menyebarkankan salam.

Anwyay, my main point is, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat Islam di setiap pelusuk dunia.
EID MUBARAK
! Semoga iman kita bertambah kuat dengan mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika hendak menyembelih anak kandungnya. Semoga kita semua menjadi setaat baginda dalam menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Seruan takbir dilaungkan, di setiap pelusuk dunia.. Wahai Negara kami Brunei Darussalam, ibu bapa yang kami kasihi, ketahuilah kamu.. Kami di sini berusaha menyatukan seluruh umat Islam untuk sama2 bertakbir di hari kemenangan. Kami sesama saudara Islam bersatu di bawah laungan takbir Allahu Akbar. Meskipun berlainan latar belakang, berlainan warna, bangsa & bahasa, apabila dilaungkan takbir, kami bersatu.. Darah kami terasa mengalir & kami sama2 menitiskan airmata. ALLAHU AKBAR

Even non-muslims came to us and gave us a hug. Kita berasal dari sumber yang sama.. Berikanlah mereka petunjukMu ya Allah. Pertemukanlah kami di akhirat sebagai hambaMu.

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.. La ilaha illallahu Allahu akbar, Allahu akbar wa lillahilhamd"

Semoga saudara2 ku mendapat haji yg mabrur..

No comments:

Post a Comment